KENAPA TAK MAHU BERUBAH
   
  Bila ku kenang tika ku dilahirkan
  Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati
  Ayah bekerja pagi petang demi sesuap nasi
  Menyara adik beradik yang dahagakan kasih sayang
   
  Hidupku kini cukup sifat
  
Ada tangan, ada mata, ada telinga, ada kaki
  Kenapa aku tidak bersyukur
  Dan tidak menggunakan sifat
  Yang tuhan berikan kepadaku
   
  Ada tangan kenapa aku malas menulis
  Ada mata kenapa aku malas membaca
  Ada telinga kenapa aku malas mendengar
  Ada kaki kenapa berat melangkah ke sekolah
   
  
Adakah keluarga ku sudah hidup selesa
  Punya rumah besar, kereta besar
  Simpanan berjuta, tanah ladang berekar
   
  Aku mesti berubah
  Membaca, menulis, mengira dengan cepat
  Menjadi pelajar cemerlang
  
Peluang luas terbentang di hadapan
  Perjalanan masih jauh
  Terlalu awal aku mengaku kalah
  Aku mesti berubah! Belajar bersungguh
  Demi membantu keluarga, demi masa hadapan
  Yang belum pasti cabarannya.
   
  Nukilan Peribadi: Narawi Bin Abu Bakar 2005
 
No comments:
Post a Comment