Monday, October 20, 2008

Lumba kayuh aiman sama aliah

Kalau teringat masa-masa dulu labih kurang 20 tahun dulu, selalu banar mandi sungai ani. Jangan tah lupa, zaman-zaman dulu. Biasa saja tu mandi sungai atu. Cacah cabur saja. Inda kan ingau ada masalah, pikir siouk saja. Karang ani tah rasanya takut-takutan. Dulu ndada buaya jua kali. Karang ani, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Sekali sekala balik kampung siouk jua mandi sungai. Siap belumba lagi tu. "kanak-kanak siouk kitani pun siouk. Lain kali kita cerita lagi..............

Happy Holiday

Memenatkan tapi amat menyeronokkan dan meninggalkan seribu kenangan yang indah.

We started at Johor. Thanx to Kak Jiah (my survivor cousin) for arranging all the tour. We went to Singapore & anak2 paling suka di Singapore zoo. They really enjoyed themselves. i wud recommend this place for those coming with kids. Sure anak2 siok meliat byk binatang yang bebas seperti berada di 'natural habitat' diorang. The animals themselves looked healthy and happy at the zoo.


On the third day, bertolak ke KL naik bas double decker. Seronok giler kanak-kanak. Maklumlah, di sarawak tak berpeluang naik bas for long journey. So, they got the chance to experience it here. We spent a few days in Kl (until the convocation day).


Anak-anak letih giler coz kitorang heret diorang ke sana ke mari & naik turun LRT. Hehehe.... Hopefully, anak-anak mendapat manfaat dari percutian ini.

After convocation, we went to Langkawi by plane. Kat sana, sewa kereta and tried to find a few destinations that could be like 'lawatan sambil belajar' to the kids. Hahahaha.... Sempat ler ke Galleri Perdana, Makam Mahsuri, Pantai Cenang, Dataran Lang n naik cable car. The kids love the journey up as well as going down. It's amazing how they were not afraid of the height and were very confident of the machine. Kita orang tua2 nie, tengok bawah salah, tengok atas pun tak berani. Dah separuh jalan naik, rasa nak turun pun ada.... but, there's no turning back... hehehe.... jangan tak merasa naik cable car ;). hmmm.... all in all, memang seronok.

From Langkawi, ambik feri gi Kuala Perlis. Kat Perlis, gi rumah kawan cikgu Awi (sama mengajar di SMKA Limbang). Dah 7-8 tahun tak jumpa n tak sangka dapat peluang berjumpa semula. Terima kasih yang tak terhingga untuk Cikgu Zubir bin Don dan isteri yang menyambut kedatangan kami dengan jamuan laksa dan makan malam yang bertaraf lima bintang;). Rasa nak tapau pun ada... hehehe.

Sampai KL, we spent a night at Flat Desa Aman 2. (rumah abang ipar - Tn Ahmad). The kids were so happy to meet their cousins, Izzati n Wardina (as if they have been playing together everyday) sedangkan jumpa setahun sekali jer.... time raya. hehehe...

In short, we're happy to bring the kids for this cuti2 malaysia. Yang penting, anak-anak happy and they enjoyed themselves. Mudah2an diizinkan Allah swt untuk bercuti lagi bersama anak-anak. Amin.

~ery1511~

Ria di Aidil Fitri 1429h

Kanak-kanak adalah orang yang paling gembira semasa hari raya. Bagi ibu bapa, apabila melihat anak-anak gembira, mereka pun turut gembira. Especially bila dapat paket angpow. It's not the amount that counts but receiving of the packets that makes kids happy.


Gambar ni diambil masa buat open house 12.10.2008 (Ahad; 10am - 10pm). Siok (gembira) walaupun exhausted giler. Ramai tetamu yang hadir. Terima kasih yang tak terhingga kepada; keluarga yang hadir (mak, bapa, bang pi, wati, kak nen, mizam, am & anak2 buah), sanak-saudara dari brunei, cikgu-cikgi SMK Pujut, cikgu-cikgi SK Kuala Baram II, ex-students SMK Pujut, coursemate SHO, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Menu yang disediakan tidaklah seberapa, (cuma laksa sarawak, ketupat, kari ayam, kuah sate, kek n kuih muih & biskut2). Tetapi seronok melihat tetamu menjamu selera. Semoga diizinkan Allah swt untuk bertemu Syawal di tahun hadapan. Amin.

~ery1511~

Bahagia Bersama

Bahagia Bersama
iski-iski ati...

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualikum,
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam percutian dan majlis konvo baru-baru ini. Hanya Allah swt yang mengetahui sayunya hati bila melihat semua yang hadir khususnya
Ibunda: Hjh Amit Hj Bakar
Ibunda & Ayahnda: Hjh Uniyah & Hj Norudin
Dang Sunting
Asmawi
Sahari
Saidah
Kak Jiah
Kak Andi
Utz Marzuki
Ahmad
Mohd Asrol
Darinah
Dan semua yang terlibat mau secara langsung atau tidak secara langsung. Yang 'mengebuk' tiket mak bapa dan sebagainya.


masjid Jamek

masjid Jamek

angkasawan ke 2 negara

angkasawan ke 2 negara

cerita lama 2006

cerita lama 2006

TEMPAT JATUH LAGI D KENANG

TEMPAT JATUH LAGI D KENANG
INI KAN PULA TEMPAT BERMAIN

d rmh atok

d rmh atok

Nasihat Orang Tua

Berusaha menjadi yang terbaik'

Belari tiada yang dikejar,
Sembunyi tiada yang dicari,
Miskin jika tidak diajar
Tak siapa yang peduli

Membuat, bukan dibuatkan.
Diikut bukan mengikut.
Memimpin bukan dipimpin.
Menentukan bukan ditentukan.
Dihormati bukan dihina
Memberi bukan meminta
Dihargai bukan diremahkan.

- Dr Rusly Abdullah-

3 BERADIK 2004 D KL

3 BERADIK 2004 D KL

SAJAK NUKILAN SENDIRI

KENAPA TAK MAHU BERUBAH


Bila ku kenang tika ku dilahirkan

Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati

Ayah bekerja pagi petang demi sesuap nasi

Menyara adik beradik yang dahagakan kasih sayang

Hidupku kini cukup sifat


Ada tangan, ada mata, ada telinga, ada kaki

Kenapa aku tidak bersyukur

Dan tidak menggunakan sifat

Yang tuhan berikan kepadaku

Ada tangan kenapa aku malas menulis

Ada mata kenapa aku malas membaca

Ada telinga kenapa aku malas mendengar

Ada kaki kenapa berat melangkah ke sekolah


Adakah keluarga ku sudah hidup selesa

Punya rumah besar, kereta besar

Simpanan berjuta, tanah ladang berekar

Aku mesti berubah

Membaca, menulis, mengira dengan cepat

Menjadi pelajar cemerlang


Peluang luas terbentang di hadapan

Perjalanan masih jauh

Terlalu awal aku mengaku kalah

Aku mesti berubah! Belajar bersungguh

Demi membantu keluarga, demi masa hadapan

Yang belum pasti cabarannya.


Nukilan Peribadi: Narawi Bin Abu Bakar 2005

pengalaman bermakna

pengalaman bermakna

ANTARA KOLEKSI BUKU PERIBADI YANG BOLEH DI KONGSI

  • Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang... Ee Ah Meng
  • Back To Basics... Dr Bill Quain
  • Lahirnya Seorang Jutawan... Azizi Ali
  • Wang Panduan CAP ... Persatuan Pengguna PP
  • Mendidik anak Genius & Soleh... Abu Ahmad Fatanah
  • Makan Gaji tetapi Kaya... Shamsuddin Abdul Kadir
  • Pedagogi Dalaman Pendidikan Matematik... Noraini Idris
  • Tekanan Bagaimana Anda Mengatasi... Yusri Ibrahim
  • Motivasi Alihan Pelajar... Tengku Asmadi
  • Aku tak Nak Miskin...Dr Rusly Abdullah