Sunday, November 16, 2008
abadi selamanya
Perkahwinan itu suatu yang indah. Tambahan dengan kurniaan cahaya mata yang cantik dan menawan pastinya harapan setiap pasangan pengantin. Tahun demi tahun berlalu. Sesi persekolahan nanti anak kami akan berada di tahun 1,2 dan 3. Tiga tahun kemudian salah seorang mereka akan melangkah kaki ke sekolah menengah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira untuk membina sebuah keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat. Yang utama ialah jadikan Islam sebagai cara hidup. Dari segi pakaian, makanan, hubungan dan tingkah laku. Hukum tetap hukum. Wajib tetap wajib dan haram tetap haram. Tiada istilah ikut amalan mengikut keadaan. Taat perintah Allah dan Rasul pilihan. Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan. Nescaya hidup akan selamat. Sembahyang jangan sekali dilupa. Berpuasa di bulan ramadhan, ada rezeki lebih kita akan melangkah kaki ke Mekah, insyaAllah.
Bahagia Bersama
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam percutian dan majlis konvo baru-baru ini. Hanya Allah swt yang mengetahui sayunya hati bila melihat semua yang hadir khususnya
Ibunda: Hjh Amit Hj Bakar
Ibunda & Ayahnda: Hjh Uniyah & Hj Norudin
Dang Sunting
Asmawi
Sahari
Saidah
Kak Jiah
Kak Andi
Utz Marzuki
Ahmad
Mohd Asrol
Darinah
Dan semua yang terlibat mau secara langsung atau tidak secara langsung. Yang 'mengebuk' tiket mak bapa dan sebagainya.
masjid Jamek
angkasawan ke 2 negara
cerita lama 2006
TEMPAT JATUH LAGI D KENANG
d rmh atok
Nasihat Orang Tua
Belari tiada yang dikejar,
Sembunyi tiada yang dicari,
Miskin jika tidak diajar
Tak siapa yang peduli
Membuat, bukan dibuatkan.
Diikut bukan mengikut.
Memimpin bukan dipimpin.
Menentukan bukan ditentukan.
Dihormati bukan dihina
Memberi bukan meminta
Dihargai bukan diremahkan.
- Dr Rusly Abdullah-
3 BERADIK 2004 D KL
SAJAK NUKILAN SENDIRI
KENAPA TAK MAHU BERUBAH
Bila ku kenang tika ku dilahirkan
Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati
Ayah bekerja pagi petang demi sesuap nasi
Menyara adik beradik yang dahagakan kasih sayang
Hidupku kini cukup sifat
Kenapa aku tidak bersyukur
Dan tidak menggunakan sifat
Yang tuhan berikan kepadaku
Adakah keluarga ku sudah hidup selesa
Punya rumah besar, kereta besar
Simpanan berjuta, tanah ladang berekar
Aku mesti berubah
Membaca, menulis, mengira dengan cepat
Menjadi pelajar cemerlang
Peluang luas terbentang di hadapan
Perjalanan masih jauh
Terlalu awal aku mengaku kalah
Aku mesti berubah! Belajar bersungguh
Demi membantu keluarga, demi masa hadapan
Yang belum pasti cabarannya.
Nukilan Peribadi: Narawi Bin Abu Bakar 2005
pengalaman bermakna
ANTARA KOLEKSI BUKU PERIBADI YANG BOLEH DI KONGSI
- Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang... Ee Ah Meng
- Back To Basics... Dr Bill Quain
- Lahirnya Seorang Jutawan... Azizi Ali
- Wang Panduan CAP ... Persatuan Pengguna PP
- Mendidik anak Genius & Soleh... Abu Ahmad Fatanah
- Makan Gaji tetapi Kaya... Shamsuddin Abdul Kadir
- Pedagogi Dalaman Pendidikan Matematik... Noraini Idris
- Tekanan Bagaimana Anda Mengatasi... Yusri Ibrahim
- Motivasi Alihan Pelajar... Tengku Asmadi
- Aku tak Nak Miskin...Dr Rusly Abdullah
3 comments:
hari ani kah kita orang punya aniversary?hehehe.
Ani saja2 buat coz biniku travelling. Anniversary bulan 4 karang :). Terima kasih baca blog ani. Selalu2 tah meliat k...
Alhamdulillah awie, jika kau berfikiran sebegitu. Aku doakan kau dan keluargamu berbahagia di dunia dan akhirat. Amin!
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (13) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (14) Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (15) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (16) Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (17) Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (18) Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)
Surah LUQMAN ayat 13-19
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186)
Surah AL BAQARAH ayat 186
Post a Comment