Sunday, October 26, 2008
Sekolah Anak-anak
D SK Agama MIS Miri. Ilham Aliah, Ilham Illyana n Bibi (Aliah's classmate). Pada hakikatnya semua sekolah sama saja. Baik di sekolah agama mahupun bukan. Tetapi apa yang saya bayangkan dan fikirkan suasananya tetap berbeza. Dunia akhir zaman masa ni kita tidak boleh lalai walaupun seketika. Paling kurang pun pengetahuan dunia dan akhirat itu boleh diterapkan sekali. Kita faham dengan kometmen dan tugasan seharian memaksa kita kurang sedikit menumpukan perhatian terhadap bab-bab agama walaupun perkara asas. Jadi di SK Agama ni bolehlah mereka membaca surah yassin setiap pagi, kem bestari solat, kelas tambahan agama, ngaji dan sebagainya.
D Tadika Hikmah, Krokop Miri.
Ilham Wafiqah n Mirza Syamila. (Tahap 3). Pengetahuan asas dalam agama amat penting. Jesteru itu pada hemah saya Tadika Bina Hikmah sajalah yang dapat memikat hati saya untuk menghantar semua cahaya mata kami. Walaupun yurannya sentiasa meningkat setiap tahun selaras dengan kenaikkan sara hidup namun tetap setia di Hikmah. RM 55 ( 2006 ) RM 75 ( 2007 ) dan RM 100 ( 2008 ). Ianya tetap bebaloi. Terima kasih
Ilham Wafiqah n Ilham Erdina.
Ingat lah anak-anakku....
"Sesungguhnya Allah swt mengangkat darjat orang-orang yang berilmu."
~ery1511~
Bahagia Bersama
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam percutian dan majlis konvo baru-baru ini. Hanya Allah swt yang mengetahui sayunya hati bila melihat semua yang hadir khususnya
Ibunda: Hjh Amit Hj Bakar
Ibunda & Ayahnda: Hjh Uniyah & Hj Norudin
Dang Sunting
Asmawi
Sahari
Saidah
Kak Jiah
Kak Andi
Utz Marzuki
Ahmad
Mohd Asrol
Darinah
Dan semua yang terlibat mau secara langsung atau tidak secara langsung. Yang 'mengebuk' tiket mak bapa dan sebagainya.
masjid Jamek
angkasawan ke 2 negara
cerita lama 2006
TEMPAT JATUH LAGI D KENANG
d rmh atok
Nasihat Orang Tua
Belari tiada yang dikejar,
Sembunyi tiada yang dicari,
Miskin jika tidak diajar
Tak siapa yang peduli
Membuat, bukan dibuatkan.
Diikut bukan mengikut.
Memimpin bukan dipimpin.
Menentukan bukan ditentukan.
Dihormati bukan dihina
Memberi bukan meminta
Dihargai bukan diremahkan.
- Dr Rusly Abdullah-
3 BERADIK 2004 D KL
SAJAK NUKILAN SENDIRI
KENAPA TAK MAHU BERUBAH
Bila ku kenang tika ku dilahirkan
Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati
Ayah bekerja pagi petang demi sesuap nasi
Menyara adik beradik yang dahagakan kasih sayang
Hidupku kini cukup sifat
Kenapa aku tidak bersyukur
Dan tidak menggunakan sifat
Yang tuhan berikan kepadaku
Adakah keluarga ku sudah hidup selesa
Punya rumah besar, kereta besar
Simpanan berjuta, tanah ladang berekar
Aku mesti berubah
Membaca, menulis, mengira dengan cepat
Menjadi pelajar cemerlang
Peluang luas terbentang di hadapan
Perjalanan masih jauh
Terlalu awal aku mengaku kalah
Aku mesti berubah! Belajar bersungguh
Demi membantu keluarga, demi masa hadapan
Yang belum pasti cabarannya.
Nukilan Peribadi: Narawi Bin Abu Bakar 2005
pengalaman bermakna
ANTARA KOLEKSI BUKU PERIBADI YANG BOLEH DI KONGSI
- Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang... Ee Ah Meng
- Back To Basics... Dr Bill Quain
- Lahirnya Seorang Jutawan... Azizi Ali
- Wang Panduan CAP ... Persatuan Pengguna PP
- Mendidik anak Genius & Soleh... Abu Ahmad Fatanah
- Makan Gaji tetapi Kaya... Shamsuddin Abdul Kadir
- Pedagogi Dalaman Pendidikan Matematik... Noraini Idris
- Tekanan Bagaimana Anda Mengatasi... Yusri Ibrahim
- Motivasi Alihan Pelajar... Tengku Asmadi
- Aku tak Nak Miskin...Dr Rusly Abdullah
1 comment:
Alhamdulillah, ilham wafiqah berjaya ke SK Agama next year. Semoga semuanya jadi anak2 yang solehah. Amin
Post a Comment