Semoga anak-anak dan anak-anak buah dapat menjadi ini sebagai satu motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh demi masa hadapan.
"Sesungguhnya, Allah swt mengangkat darjat orang-orang yang berilmu" Maka, tuntutlah ilmu walau ke negeri China.
... inginkan keluarga bahagia dunia dan akhirat... BLOG YANG BANYAK GAMBAR DARI NOTE ;)
KENAPA TAK MAHU BERUBAH
Bila ku kenang tika ku dilahirkan
Ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati
Ayah bekerja pagi petang demi sesuap nasi
Menyara adik beradik yang dahagakan kasih sayang
Hidupku kini cukup sifat
Kenapa aku tidak bersyukur
Dan tidak menggunakan sifat
Yang tuhan berikan kepadaku
Adakah keluarga ku sudah hidup selesa
Punya rumah besar, kereta besar
Simpanan berjuta, tanah ladang berekar
Aku mesti berubah
Membaca, menulis, mengira dengan cepat
Menjadi pelajar cemerlang
Peluang luas terbentang di hadapan
Perjalanan masih jauh
Terlalu awal aku mengaku kalah
Aku mesti berubah! Belajar bersungguh
Demi membantu keluarga, demi masa hadapan
Yang belum pasti cabarannya.
Nukilan Peribadi: Narawi Bin Abu Bakar 2005
No comments:
Post a Comment